Thursday, December 6, 2012

Daaaamnnnnn!!!

Damn Damn Damn!!
What I'd do to make you here...here..here

Bukan lirik lagu Avril Lavigne yang aku nak sampaikan....aku tak perlukan kau!!!nape nak paksa aku terima kau?!! Damn!! Apsal la aku bengong sangat..susah sangat ke nak tolak?!! Kau pon satu, tak paham bahase ke?? Aku cakap tak nak, tak nak la!!

 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * * *

Sehari sebelumnya....

Satu hari yang tenang...keje kat opis pon tak bape nak ade (eh..aku praktikal sekarang tau..tu cite len kali) gangguan dari Saniah yang kadang-kadang mengusha aku pon dah berkurang...dan sedang aku asyik tersengguk-sengguk menahan daripada kepala batuku terhentak di meja(mengantuk), tiba-tiba aku dikejut dengan getaran henpon Nokia Legend aku..treettt..treettt..bergetar atas meja...ceit...ade orang tepon?? Sape pulak yang tepon ni??

Aku : Hello, Assalamualaikum.

En. AHZ : Hello. Assalamualaikum.(die bagi slam balik, salam aku x nak jawab). Saye AHZ dari    Bank Simpanan Nasional. Boleh saye cakap dengan Cik Maisarah(dengan sebutan R mcm orang putih).

Aku : Ye, saya bercakap.(gile formal.. yela kot-kot nak bagi aku biasiswa ke, menang cabutan bertuah ke, kene la formal dan sopan)

En AHZ : Boleh bercakap ke sekarang? 

Aku : Ye..ye...boleh..boleh(ye la, nak dapat cabutan bertuah)

En AHZ : Cik ni sudah bekerja??

Aku : Tak..belajar lagi(laen macam dah bunyik nye)

En AHZ : Ooo..Cik, sekarang tak de kelas ke??boleh bercakap sekarang??

Aku : emm..Boleh..boleh(cool lagi..time ni aku x syak pape)

En AHZ : Saya nak buat sedikit soal selidik, dan untuk pengetahuan Cik Maisarah(meluat plak dengor die sebut name aku gitu), perbualan ini sedang dirakam untuk tujuan ...(aku tak hingat ape).
Saye akan bertanya beberapa soalan, cik hanya jawab ye atau tidak..

Aku: eemmm...(dah tak bape nak semangat sangat..nak bagi adiah tu bagi je la, wat pe nak tanye2??!!)

En AHZ : Cik ade penyakit kronik atau menghidapi blah blah blah.....dan blaahhh....

Lepas die tanye 3 soalan pasal kesihatan aku(sebok nak tau aku sihat ke ) aku dah syak dah.. ni mesti insuran ni. pastu goda aku cakap dapat duit berpuluh-puluh ribu kalo aku eksiden ke hape. kau memang  nak doa aku mati ke hape...

Setelah dalam 20 minit mengayat aku amek insuran konon nye die macam buat promotion untuk Cimb Aviva dan setelah beberape kali aku tolak...akhir nye terlepas jugak mulut aku berkata YA dan menerima., macam haram!! dah la tak bagi mase langsung untuk pikir....bile aku cakap TAK je, die ulang sume skrip yang die bace dr mule sampai abis. Fedup la aku!! Cume rase fedup tu aku tak luahkan sebagaimane aku memakinye sekarang...adoi...sengal laa...siot la...bengong laa...kau kate x pakse, tapi kau pakse jugak aku amek pakej orang kaye tu..gile mahal, sebulan RM50!!! Ingat aku ni CEO ke nak insuran besar-besar... memang la mase depan kite tak tahu, tapi hidup aku bukan berisiko sampai nak insuran mahal camtu...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Haaiisshhh..ape nak dibuat...kate orang tua-tua, dalam buku peribahasa pon ade kate, " Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya". eemm.. En AHZ kate aku kene transfer duit y ade dalam akaun BSN aku ke cimb Aviva dan bukak akaun cimb Aviva...tp pada firasat aku, as long as aku x aktifkan akaun cimb aviva aku, die x boleh nak proceed ape-ape..tu pada firasat aku yang kurang arif bab-bab insuran ni laa...tp kalo pon die nak sedut duit aku dari akaun BSN tu, aku  x kesah, sebab dlm tu ade beberapa ringgit je...

Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur...sekarang ni, aku tengah menggoogle lagi tindakan susulan yang patut aku lakukan.. dan hasil google aku sekejap tadi mendapati, rami yang telah menjadi mangsa paksaan untuk bersetuju dengan pelan Takaful Prime Pro/ PA SmartPro.. memang mende tu wujud, tapi cara untuk diorang approach atau dengan kata lain memaksa pelanggan untuk bersetuju adalah salah. Walaupon dari segi lafaz setujunya, kalo direwind balik, memang pelanggan dalm keadaan sedar dan waras, tapi adakah ia akan dikira sebagai hasil yang diragui kerana tiada persetujuan yang rela dari pelanggan. 

Aku tau, sekali pon aku tegakkan yang aku tak pernah rela dengan perstujuan aku, tapi kalo die pasang balik rekod perbualan, memang aku pernah bersetuju (tetapi dalam terpaksa) Astagfirullah.... sabar...ni mungkin dugaan bagi aku untuk dibuat teladan pada rakan taulan dan orang sekeliling aku...eemmm..sabar...sabar...

Untuk En AHZ (sampai mati aku akan ingat name die walopon tu name tipu die) dan sume rakan yang bekerja seumpamanya, berhentilah memaksa atau menjerat manusia malang macam aku untuk amek insuran korang... Aku tau, bukan senang nak meraih pelanggan dengan cara rela, tapi kalo keje kau menjerat macam tu baek kau aim bebudak sekolah yang tengah seronok nak pegang duit yang kompom terbuai dengan janji ribu riban kau dari buang mase bace skrip perjanjian setebal majalah mangga kat telinga orang macam aku.... jangan la aim student berhutang macam aku...sian kitorang woii...mane nak cekau duit bulan-bulan (walopon kate kau 50 JE), alangkan makan minum yuran mase belajar ni pon berhutang tau x!! 

Pada rakan taulan, sahabat handai dan semua sekali, jangan jadi macam aku. Jangan terima insuran melalui penggilan telefon. Kalo diorang ikhlas nak tolong kite, diorang akan face-to-face untuk explain pasal insuran pada kite..bukan cakap dalam telefon macam pengecut tak nak tunjuk muke. Ye la...diorang tak nak la kite carik die bile ade masalah...

Dah la..cukup la aku dah melampiaskan kemarahan kat sini..Pada orang-orang yang aku sayang dan menyayangi aku, Semoga sentiasa hidup dalam keberkatanNya..Aamiiiiin..



No comments:

Post a Comment